Pending
Pending (Belt Buckle)
Jika kita lihat pada zaman dahulu di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang dikaitkan dengan pemakaian pending ini. Cik Siti Wan Kembang merupakan pemerintah wanita pertama saat itu. Pemakaian pending ini sangat popular dalam kalangan golongan atasan ataupun bangsawan. Justeru pending sering dikaitkan dengan golongan diraja. Pending ini digunakan sebagai kepala tali pinggang.
Pending bahagian hadapan |
Pending bahagian belakang. Cangkuk berbentuk petak itu untuk meletakkan tali pinggang. |
Mengikut maklumat
yang diperoleh melalui pembacaan pending merupakan salah satu hasil ciptaan
seni yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pending yang bentuknya seperti
mata. Bentuk ini berkemungkinan sebagai satu lambang. Di bahagian tengahnya terdapat
bulatan yang menjadi pusat atau biji mata pending , ada yang bertatahkan
permata. Pending mempunyai tepi yang licin atau bertakuk, berhias awan larat
atau hiasan abstrak atau bentuk tumbuh-tumbuhan seperti bayam hantu, bunga
renik atau haiwan sisik kelah. Semuanya disusun dalam kawasan antara garis-
garis mengikut bentuk pending. Di bahagian tengah, dikelilingi bulatan bersusun
motif tumbuh- tumbuhan. Hiasan ini dihasilkan dengan cara ketukan timbul dan
kemudian diukir secara turisan.
Ada juga pending perak yang mempunyai bahagian tengah, yang
bertingkat dari bahagian yang besar dengan motif-motif bentuk timbul,
menghasilkan dimensi bentuk. Pending perak jadam juga mempunyai juga mempunyai
bahagian-bahagian yang bertingkat, motif-motif perak kelihatan terang di dalam
kawasan gelap, cutam berwarna hitam kebiruan.
Melalui maklumat yang saya dapati reka bentuk pending juga
mempunyai persamaan dengan pending yang dibuat oleh tukang daripada kaum Cina
untuk digunakan dalam masyarakat Cina di negeri seperti Melaka, Pulau Pinang
dan Singapura. Dalam masyarakat Iban di
Sarawak pula pending mempunyai fungsi yang berbeza iaitu digunakan oleh kaum
wanita untuk menutupi bahagian dada mereka.
Cik Siti Wan Kembang is a famous woman in Kelantan. She also
known as a popular leader among her age. So, belt buckle is popular because Cik
Siti Wan Kembang wear it. Wearing belt buckle also being popular in royal
family and among rich people.
Belt buckle have their own unique identity. Firstly shape of
belt buckle is so unique. Shape means a symbol. When we looked at the shape we
can see the belt buckle having a carving. The border of belt buckle have we
called it as sisik kelah or fish scale. Sometimes the side have another relief
such as flower, cloud or abstract garnish. Belt buckle have beautiful surface. At
the surface have beautiful decoration like a plants motive. Then centre of belt buckle is known as eyes. The
eyes with a diamond. The decoration on the belt buckle very beautiful because
they uses scratching technique.
From the information that
I found pending or belt buckle design also has similarities with pending
created by artisans from the Chinese for use in the Chinese community in states
like Malacca, Penang and Singapore. Iban people
in Sarawak also using belt buckle but have different functions which are
used by women to cover their breasts.
KOLEKSI DI MUZIUM SENI ASIA, UM
Di muzium terdapat lebih daripada 10 jenis pending yang mempunyai pelbagai corak antaranya yang bercorak tulisan jawi.
Sumber Rujukan:
Mohd Kassim Haji Ali
1988. Gold Jewellery and Ornaments: In athe collection of Muzium Negara
Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Syed Ahmad Jamal 1979.
Rupa dan jiwa. Shah Alam: Seminar Akar-akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan
Kini.
Muzium Seni Asia Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment