|
Lampu tergantung ataupun lampu hiasan |
Handicrafts made of newspapers is one of the beautiful art. This
type of second-hand goods worth when someone has the knowledge and know how to
use it. Newspaper to be profitable multiplied when a person succeeds in converting
from paper to paper pots, flowers made of paper, bags and so on. Aesthetic
value is also high. Products made from newspaper
has its own uniqueness and beauty.
Kraftangan yang diperbuat daripada kertas suratkhabar adalah
salah satu seni yang indah. Barang terpakai jenis ini bernilai apabila
seseorang mempunyai pengetahuan dan pandai menggunakannya. Suratkhabar mampu
mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda apabila seseorang itu berjaya
mengubahnya daripada kertas suratkhabar kepada pasu kertas, bunga diperbuat
daripada kertas, beg dan sebagainya. Nilai estetikanya juga tinggi. Barangan yang
diperbuat daripada kertas suratkhabar ini memiliki keunikan dan keindahan
tersendiri.
|
Kraftangan berbentuk bakul barangan |
Proses pembuatan dan maklumat-maklumat berkaitan saya
kongsikan setelah berjaya menemubual seorang pembuatnya yang kreatif. Beliau ialah
Puan Habibah bt Mohed. Pada awal pengalaman Puan Habibah, beliau mengatakan
bahawa sewaktu menziarahi saudaranya di bandar Tenggara yang ketika itu secara kebetulan membuat
kraftangan berasaskan suratkhabar ini. Katanya lagi penyebab utama beliau
berkecimpung dalam bidang pembuatan ini adalah disebabkan minat dan cara membuat
kraftangan ini yang mudah. Sewaktu
menceritakan pengalamannya beliau hanya belajar membuat kraftangan tersebut
sambil berdiri sahaja. Awalnya beliau hanya membuat pasu kertas. Namun setelah
itu inovasi terhadap pembuatan dilakukan. Maka muncullah kraftangan berasaskan
suratkhabar dalam pelbagai bentuk.
Pasu kertas atau nama
lainnya pasu kitar semula. Kelihatan pasu ini sangat ringkas dalam pembuatan
namun terdapat sudut seni yang tidak diketahui ramai. Memetik kata-kata si
pembuat pasu yang indah iaitu Puan Habibah bt Mohed walaupun menggulung kertas surat
khabar adalah sesuatu yang mudah tak semua tangan mampu menggulungnya sehingga
‘ menjadi’. Hal ini demikian kerana gulungan yang halus adalah sangat penting
dengan itu rekaan pasu tersebut akan
menjadi lebih cantik dan kemas.
Puan Habibah yang berasal dari Labis, Segamat merupakan suri
rumahtangga sepenuh masa. Beliau menceburi bidang ini rentetan mengisi
kekosongan masa lapang atau katanya sekadar suka-suka. Beliau juga mengatakan
bahawa mula aktif dalam membuat pasu kertas ini sejak tahun 2012 lagi. Sejak
dua tahun kebelakangan ini, beliau mula
mendapat tempahan khususnya pelanggan yang ingin melangsungkan perkahwinan.
Pasu kertas atau pasu kitar semula ini diubah mengikut kreativitinya sendiri
sehingga menjadi bekas telur justeru mendapat permintaan tinggi sewaktu musim
berlangsungnya perkahwinan di kawasan tempat tinggalnya. Tempahannya mencecah
500 buah bekas telur.
Mengikut beliau lagi sebanyak 1kg surat khabar digunakan bergantung pada saiz bekas. Selain
itu, beliau mengatakan jika musim perayaan tiba pelanggan mula berminat
menempah bekas kuih iaitu 6 buah dalam satu set beserta dulangnya. Beliau
mengambil tempahan paling banyak pada musim perayaan sebanyak 20 set. Beliau
juga hanya dibantu oleh suami dan anak-anak. Tempoh pembuatan seperti bekas
kuih boleh disiapkan satu minggu untuk satu set manakala jika musim perayaan
perlu menempah dua bulan lebih awal.
|
Puan Habibah menunjukkan lampu hiasan |
PROSES PEMBUATAN
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah menggulung kertas surat khabar diikuti dengan lidi supaya ianya halus dan kemas. Kebiasaannya memerlukan 8 batang kertas surat khabar yang telah siap digulung.
Kemudian disusun 4X4 secara bersilang membentuk huruf t supaya tapaknya dapat dibina. Kemudian gerakkan satu kertas sahaja secara atas bawah untuk membentuk bulatan ataupun tapaknya. Apabila kertas semakin pendek ianya boleh disambungkan antara hujung yang halus dengan hujung lubang sehingga penggunaan kertas mencukupi.
Apabila sudah terbentuk bulatan sederhana besar barulah tapak itu disesuaikan dengan bekas yang ingin direka. Di dalam bekas tersebut hendaklah diletakkan pemberat supaya memudahkan proses menaikkan anyaman. Kemudian akan terbentuklah bekas tersebut.
Mengikut kreativiti dan citarasa sendiri untuk membentuk pelbagai jenis bekas. Misalnya jika ingin membuat bakul barangan contoh tapak besen digunakan untuk membentuk tapak.
Proses akhir pembuatan adalah varnish. Dengan varnish rekaan nampak lebih cantik dan menarik. Kebiasaannya apabila selesai varnish pasu tersebut harus dijemur antara 1 jam setengah supaya ianya benar-benar kering.
KOLEKSI GAMBAR SEWAKTU PEMBUATAN
|
Kertas yang sudah siap digulung |
|
Proses pembuatan pasu |
|
Proses pembuatan bakul |
KOLEKSI KRAFTANGAN YANG PELBAGAI BENTUK
|
Bakul yang sudah disiapkan |
|
Tempat penyimpanan barang pelbagai saiz |
|
Pasu dan tempat penyimpanan barangan dapur |
|
Beg dan bekas kuih raya |
|
Tempat penyimpanan barangan |
|
Bekas kuih raya |
|
Bekas kuih raya yang dihias |
|
Bunga yang diperbuat daripada suratkhabar |
SEKIAN,TERIMA KASIH.
Comments
Post a Comment