Posts

Showing posts from 2015

Pending

Image
Pending (Belt Buckle) Jika kita lihat pada zaman dahulu di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang dikaitkan dengan pemakaian pending ini. Cik Siti Wan Kembang merupakan pemerintah wanita pertama saat itu.  Pemakaian pending ini sangat popular dalam kalangan golongan atasan ataupun bangsawan. Justeru pending sering dikaitkan dengan golongan diraja. Pending ini digunakan sebagai kepala tali pinggang.    Pending bahagian hadapan                                              Pending bahagian belakang. Cangkuk berbentuk petak itu untuk meletakkan tali pinggang.   Mengikut maklumat yang diperoleh melalui pembacaan pending merupakan salah satu hasil ciptaan seni yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pending yang bentuknya seperti mata. Bentuk ini berkemungkinan sebagai satu lambang. Di bahagian tengahnya terdapat bulatan yang menjadi pusat atau biji mata pending , ada yang bertatahkan permata. Pending mempunyai tepi yang licin atau bertakuk, berhias awan larat at